Kajian Skop Pendidikan;Perpaduan di bawah Payung Malaysia;Hubungan Etnik

KANDUNGAN

NO TAJUK MUKA SURAT
1. PENGENALAN
1.1 OBJEKTIF KAJIAN
1.2 PENYATAAN MASALAH
1.3 METODOLOGI KAJIAN
2. KAJIAN TEORI
2.1 DEFINISI
2.2 LATAR BELAKANG
2.3 FAKTOR PENGHALANG
2.4 CADANGAN
3. ANALISIS DATA
4. PERBINCANGAN
5. KESIMPULAN
6. SENARAI RUJUKAN
7. LAMPIRAN

Tajuk kajian:
Permasalahan perpaduan dalam hubungan etnik di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian tentang akademik sebagai instrumen perpaduan.

1.1. Objektif Kajian

1. Merapatkan jurang perbezaan antara setiap kaum.
2. Mewujudkan keharmonian di dalam dewan kuliah yang merangkumi berbilang kaum.
3. Melahirkan semangat bantu-membantu sesama mahasiswa dalam pelajaran tidak kira agama mahupun bangsa.
4. Menghasilkan komuniti yang berintegrasi dan saling memahami antara satu sama lain.
5. Membina sebuah masyarakat yang aman di dalam kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.2. Penyataan Masalah

Wujud masalah perpaduan di dalam kalangan pelajar bilamana pelajar saling tidak berinteraksi satu sama lain meskipun di dalam kuliah yang sama.Hal ini disebabkan oleh pelajar mahasiswa itu sendiri yang tidak mengambil insiatif ini untuk merapatkan perpaduan di dalam kalangan pelajar.Meskipun begitu,pundak perpaduan tak sepatut sewenangnya terletak di atas bahu seorang yang masih bergelar pelajar,namun turut juga memerlukan gerak sama oleh pensyarah kuliah itu sendiri agar memastikan komunikasi antara kaum itu wujud. Oleh demikian, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris harus diajar dan dipelajari sepanjang masa sebelas tahun di sekolah rendah dan menengah dan di mana boleh, tahun pertama pada peringkat universiti. Pembelajaran bahasa demi pembentukan perpaduan negara harus dianggap serius dan bukan dilayan dengan sikap melepaskan batok di tangga. Mata pelajaran kedua-dua bahasa harus dipelajari dua kali seminggu sepanjang sistem pelajaran.(Profesor Diraja Engku Abdul Aziz,2008)

Perbezaan antara kaum dijurangkan lagi dari segi bahasanya,budayanya dan komunikasinya.Lantas,di dalam kuliah jelas terdapat kesukaran dari segi percakapan di antara pelajar-palajar berbilang kaum,meskipun masing-masing berada di dalam kuliah yang sama.Walhal,tiap-tiap hari mereka akan sering berjumpa,menghadiri kuliah yang sama,masa yang sama,tempat yang sama,namun disebalik kesibukan belajar atau keseronokan dalam kumpulan kaum masing-masing soal merapatkan hubugan antara kaum tidak diendahkan. Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.(Arkib,2002)
Pelajar cina punyai cara belajar mereka tersendiri begitu juga pelajar melayu.Masing-masing punya kaedah tersendiri untuk belajar dan menuntut ilmu.Namun pelajar tersebut membentuk kumpulan mereka sendiri yang jelas hanya terlibat dalam kelompok kaum mereka sendiri.Lantaran itu.kerajaan telah melaksanakan kokurikulum bersepadu dan sukatan pelajaran yang sama di mana pelajar setiap kaum akan belajar dan mengambil subjek yang sama untuk membentuk satu bentuk kesaksamaan anatara kaum dan merapatkan hubungan antara kaum melalui mata subjek yang sama agar dapat berbincang satu sama lain dan berinteraksi.Selain itu,kerajaan menyelaraskan peperiksaan.Hal ini agar dapat membentu keperibadian yang sama,saling memerlukan untuk belajar dan berjaya.(Arkib,2002)

Lokasi / Skop Kajian

Kami sekumpulan telah membuat keputusan untuk menjadikan dewan kuliah “DKG111F” sebagai sasaran kami untuk lebih memahami permasalahan perpaduan dalam hubungan etnik di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.

Situasi dewan kuliah “DKG111F”adalah di aras bawah Bangunan Sains Fizik, Fakulti Sains dan Teknologi. Dewan kuliah ini digunakan untuk kuliah Manusia dan Sekitaran (STAE 1033).

Kuliah ini dihadiri oleh prasiswazah Tahun 1 yang mengambil program pengajian Sains Sekitaran. Kami sekumpulan berharap dapat mengetahui punca permasalahan perpaduan yang sebenarnya dan pada masa yang sama juga kami akan mencuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah-masalah perpaduan yang ditimbulkan.

1.3 Metodologi Kajian

Terdapat beberapa kaedah yang akan kami gunakan untuk mengumpul maklumat sepanjang kertas kerja ini dijalnkan. Di antara kaedah-kaedah pengumpulan maklumat adalah seperti berikut:

a) Kajian perpustakaan
Terdapat banyak bahan bacaan seperti buku mahupun jurnal yg terdapat di dalam Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM yang berkaitan dengan tajuk kertas kerja ini. Selain itu, kami juga akan mencari maklumat yang lebih banyak menggunakan internet. Walaubagaimanapun, kami hanya akan mengambil maklumat daripada sumber-sumber rasmi dan akademik sahaja.

b) Kajian lapangan
Kami akan menyediakan borang soal selidik berkaitan dengan tajuk kertas kerja kami untuk melengkapkan kajian kami. Borang soal selidik tersebut terdiri daripada 15 soalan yang berkaitan dengan isu perpaduan kaum di dalam kuliah Manusia dan Sekitaran. Responden terdiri daripada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia seramai 35 orang.

c) Temuduga bersama tokoh
Kami akan berinteraksi dengan seorang tokoh untuk membincangkan pendapat beliau mengenai permasalahan yang dibincangkan. 10 soalan akan ditanya kepada beliau dan perbualan tersebut akan direkodkan. Seterusnya perbualan tersebut akan diubah menjadi transkripsi untuk dimuatkan di dalam kertas kerja.

2.1 Definisi

Definisi Perpaduan

Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.

Definisi Kaum
Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Cetakan Kesembilan 1993, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kaum bermaksud golongan orang sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang besar; suku bangsa. Kaum juga boleh ditakrifkan sebagai perkataan lain bagi bangsa.

Definisi kelompok etnik
Kelompok etnik ialah kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui sesuatu warisan sepunya, baik warisan yang benar mahupun yang dianggap. Identiti etnik dipupuk dengan membezakan kelompok diri daripada kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa, agama, dan tingkah laku.

Definisi akademik
Menurut Kamus Dewan 1994, pendidikan atau akademik bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar.

Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagai satu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju. Kamus Dewan (1994) pula mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.

2.2 Latar Belakang

Negara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang kaum. Dalam konteks kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysia sememangnya penting. Demi mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan pelaksanaan dasar 1Malaysia. Apa yang dikatakan konsep 1Malaysia? Konsep ini membawa makna bahawa semua rakyat dalam negara Malaysia digelar bangsa Malaysia tanpa mengira agama, warna kulit mahupun keturunan.
Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia. Malaysia yang aman dan damai dapat manjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Sikap toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian, kerana rakyat Malaysia sedar bahawa sikap bertolak ansur penting bagi mengekalkan keharmonian negara.
Akademik memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat perpaduan ini. Akademik tidak kira pada peringkat persekolahan mahupun peringkat tinggi seperti di universiti, akademik boleh dianggap sebagai satu landasan perpaduan antara kaum yang majmuk di Malaysia ini.
Sesi kuliah pasti terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dan dalam kajian ini, kumpulan kami akan mengkaji tentang semangat dan masalah perpaduan yang berlaku di dalam sesi kuliah tersebut.
Kuliah yang akan kami jadikan sebagai skop kajian ialah kuliah DKG111F, Bangunan Sains Fizik, Fakulti Sains dan Teknologi, dihadiri oleh prasiswazah tahun 1, Program Pengajian Sains Sekitaran. Sesi kuliah ini terdiri daripada dua jenis kaum iaitu kaum Melayu dan Cina manakala kaum India tidak berada di dalam kuliah ini.

2.3 Faktor Penghalang
Sepanjang menjalankan kajian hubungan etnik ini, kumpulan kami tidak lepas daripada mengalami kesukaran-kesukaran yang menghalang kami menyempurnakan tugasan ini. Terdapat dua halangan utama yang kami alami.
Halangan pertama ialah kesukaran untuk berkomunikasi antara ahli-ahli kumpulan. Hal ini adalah kerana setiap ahli kumpulan kami tinggal di kolej yang berlainan seperti Kolej Dato’ Onn dan Kolej Keris Mas. Perkara ini menyulitkan kami untuk berjumpa dan berdiskusi mengenai tugasan ini. Kelima-lima ahli kumpulan kami juga mempunyai jadual perkuliahan yang berbeza. Situasi ini menambahkan lagi kesukaran untuk kami menyiapkan tugasan ini bersama-sama.
Halangan kedua yang kumpulan kami hadapi ialah kesukaran untuk mencari calon yang sesuai untuk ditemubual. Hal ini adalah kerana kesibukan individu yang perlu kami temubual. Kami membuat keputusan untuk menemubual salah seorang professor di Fakulti Sains Dan Teknologi. Walaupun telah membuat temujanji seminggu lebih awal, namun ketika kami tiba di pejabatnya, kami mendapat tahu beliau sedang bermesyuarat dan temubual kami perlu ditunda ke waktu yang lain.

2.4 Cadangan
Untuk mengatasi kesukaran-kesukaran yang kami hadapi demi menyiapkan tugasan ini, kami membuat keputusan untuk mengadakan perjumpaan kumpulan sekurang-kurangnya seminggu sekali pada hari dan waktu yang ditetapkan di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Kami membahagikan tugas-tugas kepada setiap ahli kumpulan agar tugasan dapat diselesaikan dengan cepat. Dalam setiap perjumpaan pula, segala pegemaskinian maklumat akan dilakukan.
Cadangan pembaikan bagi masalah yang kedua pula ialah dengan cara menyediakan ‘back up’ informan agar sekiranya individu yang kami hendak temubual tidak dapat hadir pada waktu yang ditetapkan, maka kami dapat pergi ke individu yang seterusnya. Perkara ini dapat mengelakkan pembaziran masa dan tenaga berlaku.

Sebanyak 20 responden telah mengambil bahagian dalam soal selidik yang meliputi pandangan mahasiswa-mahasiswi perkuliahan STAE 1033 Manusia dan Sekitaran terhadap permasalahan perpaduan dalam hubungan etnik di kampus UKM. 20 responden ini terdiri daripada 10 orang Melayu dan 10 orang Cina. Daripada jumlah bilangan ini terdapat sebanyak 17 perempuan dan 3 lelaki.

Bagi soalan pertama, 95% responden telah memilih jawapan “Ya”. Majoriti responden bersetuju bahawa perkuliahan STAE 1033 Manusia dan Sekitaran adalah terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini membuktikan bahawa sistem pendidikan negara kita mementingkan berbilang kaum seperti dalam slogan “1 Malaysia”. Hanya seorang yang memilih “Tidak”. Hal ini mungkin disebabkan oleh kaum India tidak terdapat dalam kuliah Manusia dan Sekitaran.

Sebanyak 75% responden memilih “Ya” untuk soalan 2. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan mahasiswa-mahasiswi duduk bersama dengan bangsa sejenis dalam kuliah. Hal ini demikian kerana mereka lebih mudah berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka masing-masing. Mereka selesa duduk bersama dengan bangsa sendiri untuk melancarkan perbincangan. Oleh itu, sesetengah daripada mereka tidak berkenalan dengan bangsa-bangsa lain. Manakala 25% responden yang memilih “Tidak”. Mereka ingin berkenalan dengan bangsa yang berlainan.

Terdapat 70% responden memilih “Ya” untuk soalan 3. Melalui pembahagian kumpulan tugasan, mereka dapat mengenali bangsa-bangsa lain dan memperkukuh interaksi dan ikatan silaturahim antara satu sama lain. Nilai-nilai murni seperti toleransi, semangat perpaduan dan kasih sayang juga dapat dipupuk dalam jiwa mahasiswa-mahasiswi. Mereka dapat berkomunikasi dengan bangsa lain secara efektif dan bertolak ansur sesama lain untuk menjayakan sesuatu tugasan kuliah.

Walau bagaimanapun, terdapat 30% responden yang tidak bersetuju dengan idea tersebut. Hal ini demikian kerana mereka akan terpisah daripada kelompok rakan sekaum mereka. Mereka tidak percaya akan kaum lain kerana mereka tidak mengenali sikap kaum lain. Selain itu, mereka tidak mempunyai minat untuk berkerjasama dengan bangsa lain.

Bagi soalan 5, 80% responden memilih “Ya” kerana kebanyakan mahasiswa-mahasiswi akan berinteraksi dengan kaum lain selepas berakhirnya kuliah. Hal ini demikian kerana mereka ingin bertanya tentang masalah yang dibincangkan oleh pensyarah dan berbincang tentang soalan-soalan mengenai kandungan kuliah. Di samping itu, mereka juga meminta atau bertukar nota-nota kuliah antara satu sama lain. Hanya terdapat 20% responden yang menjawab “Tidak”. Mereka hanya ingin bergaul dengan rakan sekaum sahaja. Sesetengah daripada mereka perlu mengejar kuliah yang seterusnya sehingga tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan kaum lain.

Bagi soalan 7, sebanyak 90% responden tidak memandang rendah terhadap kaum lain. Hal ini disebabkan oleh mereka mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap kaum lain. Manakala terdapat 10% responden yang akan memandang rendah terhadap kaum lain. Mereka mempunyai prejudis terhadap kaum tertentu. Mereka juga kurang percaya dan yakin akan kaum lain.

35% responden memilih bangsa yang berlainan sebagai ketua bagi menguruskan segala hal yang berkaitan dengan kuliah untuk soalan 8. Faktor utama bagi pilihan ini ialah mereka mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap kaum lain. Mereka tidak memandang rendah terhadap kaum lain dengan tidak meragukan kebolehan kepimpinan kaum lain.

Majoriti responden memilih bangsa sejenis untuk dijadikan sebagai ketua mereka. Mereka lebih berkeyakinan terhadap kebolehan kaum sendiri. Mereka juga berasa lebih selesa untuk berurusan dan berkomunikasi dengan ketua yang sama kaum dengan mereka. Sesetengah daripada mereka mempunyai diskriminasi terhadap kaum lain iaitu mereka langsung tidak percaya akan kepimpinan dan kebolehan kaum lain.

Kesemua responden berpendapat bahawa perpaduan antara kaum penting untuk sesi perkuliahan bagi soalan 10. Kesemua mahasiswa mengaku bahawa perpaduan antara kaum penting dalam proses untuk mengukuhkan semangat tolong-menolong dan mengeratkan perpaduan nasional. Pada pendapat mereka, perpaduan dapat menjamin dan memelihara hubungan yang harmonis sesama lain. Perpaduan juga dapat membolehkan seseorang untuk bersikap toleransi dan menghormati kaum lain.

Bagi soalan 12, hanya 40% responden yang kurang percaya dan yakin akan kaum lain. Mereka berasa mereka tidak memahami kaum lain dan mereka masih mempunyai prejudis terhadap kaum lain. Manakala bilangan yang tertinggal pula percaya dan yakin akan kaum lain. Hal ini demikian kerana mereka saling memahami dan mempunyai kepercayaan yang mantap terhadap kaum lain.

25% responden akan mencuba untuk mengambil langkah pertama bagi mewujudkan ikatan yang rapat dengan bangsa yang berlainan bagi soalan 13. Hal ini disebabkan oleh mereka bersikap malu, tidak berani dan kurang keyakinan diri untuk berkenalan dengan bangsa yang lain. 75% responden pula akan mencuba sedaya upaya untuk berbuat demikian.

Mereka didorong oleh faktor matlamat “Satu Malaysia, Menjana Transformasi”. Mereka ingin berkawan dengan orang lain tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Mereka juga ingin memahami kebudayaan, adat resam dan budaya kaum lain. Mereka dapat bekerjasama dengan bangsa yang berlainan bagi meningkatkan produktiviti sesuatu tugasan kumpulan.

Mengikut jawapan daripada responden soal selidik, antara tindakan yang paling efektif untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum dari aspek akademik ialah perbincangan kumpulan, kerja lapangan dan kaedah paksaan untuk melibatkan lebih daripada satu kaum dalam sesebuah kumpulan tugasan untuk mendapatkan markah bonus dalam sesuatu tugasan kumpulan.
Mereka berpendapat bahawa dengan menggunakan cara-cara begini, mereka akan dapat saling mengenali, berbincang dan bekerjasama antara satu sama lain bagi menyempurnakan sesuatu tugasan.

Bagi soalan 15, sebanyak 45% responden bersetuju dengan idea bahawa kuliah Hubungan Etnik dapat menyelesaikan masalah perpaduan antara kaum di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka percaya bahawa secara tidak langsungnya, kuliah Hubungan Etnik dapat menyelesaikan masalah perpaduan antara kaum. Hal ini demikian kerana kuliah Hubungan Etnik membahagikan mahasiswa-mahasiswi kepada kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk menjayakan sesuatu tugasan yang diberi.

Melalui pembahagian ini, mahasiswa-mahasiswi duduk bersama dengan bangsa berlainan mengikut nombor matrik semasa kuliah dijalankan. Hal ini dapat memudahkan mereka untuk berkenalan dan berkomunikasi sesama lain. Kaedah ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka dan seterusnya mewujudkan perpaduan nasional. Bilangan yang tertinggal pula tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Mereka gemar berbual dengan bangsa sendiri sahaja.

Pendidikan merupakan satu agen penting dalam memupuk perpaduan. Terdapat beberapa perkara yang menjadi asas kepada perpaduan dalam sistem pendidikan iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, perlaksanaan kurikulum yang seragam di semua sekolah dan pendidikan yang sempurna kepada semua rakyat.
Berdasarkan kajian yang dibuat, dapat disimpulkan bahawa mahasiswa-mahasiswa di dalam sesi perkuliahan di UKM masih belum bersepadu sepenuhnya. Pendekatan yang digunakan adalah berbeza dalam kuliah-kuliah pada waktu dahulu sebelum arus kemodenan melanda dan pada ketika ini. Kebanyakan mahasiswa lebih cenderung bergaul dengan rakan sekaum berbanding dengan rakan lain. Hal ini mungkin kerana mereka lebih selesa dan telah terdedah dengan cara sedemikian sejak kecil lagi. Sesi perkuliahan dapat dijadikan landasan perpaduan yang berjaya sekiranya mahasiswa dan para pensyarah dapat menggunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya.
Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menjayakan aspirasi 1Malaysia umpama ³bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat´. Aspirasi 1Malaysia yang membawa dasar bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan dapat direalisasikan untuk keharmonian dan kemakmuran negara. Semua bangsa Malaysia akan hidup bersama secara aman, damai dan sejahtera.

\

http://kuliahpsikologi.dekrizky.com/search/masalah-perpaduan-di-malaysia

http://www.docstoc.com/docs/15180120/hubungan-etnik

http://zanas.wordpress.com/kembalikan-kekuatan-orang-melayu-62-tahun-yang-lalu/rumusan-dan-kesimpulan-jangan-melayu-hilang-di-dunia/

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=PAM&b=JAN&m=2&r=m&i=NOTA

About megatmohdfitri

i am muslim.islam is the way of life.and Allah is my pure and true love
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s